10 CARA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN

Cik wa tak akan bohong, melahirkan memang suatu perkara yang menyakitkan. Banyak wanita merasa bimbang dengan apa yang akan mereka alami waktu bersalin. Terbayang rasa sakit ketika bersalin secara normal, banyak wanita yang pada akhirnya memilih untuk bersalin dengan cara operasi caesar. Namun, banyak juga wanita yang tetap ingin merasakan bersalin normal. Tidak peduli seberapa sakitnya. Tenang, rasa sakit yang anda rasakan boleh anda atasi sendiri dengan teknik-teknik tertentu.  Jom ketahui 10 cara untuk mengurangkan sakit bersalin.
#1 BERTENANG
Persekitaran untuk kelahiran mestilah selamat untuk anda. Sementara menantikan detik kelahiran, anda boleh memperdengarkan alunan zikir atau lagu yang menyenangkan. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut.

#2 SOKONGAN SUAMI ATAU ORANG TERSAYANG
Menahan sakit contraction keseorangan adalah sangat berbeza dengan menahan sakit bersama dengan orang tersayang. Walaupun suami atau orang yang temankan kita tu tak dapat kurangkan sakit contraction tu, tapi secara emosinya kita lebih rasa lega dan mampu menahan sakit bersalin tu. Namun, usahlah rasa bimbang jika suami atau mak, kakak, adik tak dapat temankan. Ibu-ibu masih ada cara lain lagi untuk mengurangkan rasa sakit nak bersalin ni.

#3 “SEARCH, SEARCH DAN SEARCH”
Pelajari tentang kelahiran melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau berbincang dengan hospital kelahiran anda. Biasakan diri anda dengan prosedur di hospital yang anda pilih. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

#4 AMBIL KALSIUM YANG MENGANDUNGI MAGNESIUM
Magnesium dipercayai dapat membantu melegakan otot-otot dan membantu menghilangkan sakit contraction. Ambil secara konsisten setiap hari dan tambahkan dos apabila sudah hampir waktu bersalin.

#5 LUAHKAN
Adakah anda risau akan berasa sakit semasa bersalin, atau risau memikirkan jarum dan ubat yang akan diberikan ketika itu? Luahkan kerisauan anda kepada orang yang anda percaya atau pakar. Percayalah! Keadaan ini akan sedikit sebanyak membantu anda bersedia untuk mengatasi ketakutan anda.

#6 BERLATIH TEKNIK PENAFASAN
Belajar teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Lepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai tempo yang baik. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.

#7 GUNAKAN GAMBARAN DAN VISUALISASI
Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, zikir yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.

#8 HANGATKAN BADAN
Dengan mandi air panas juga dapat melegakan kesakitan kontraksi, dengan merehatkan minda anda ada kalanya dapat membantu untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang badan anda.

#9 BAYAKKAN BERGERAK
Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mengcangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!

#10 BERURUT
Beritahu suami atau orang yang menemani anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan. Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon ‘rasa lega’ yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif. Keadaan ini dapat membantu anda semasa proses kelahiran terutama jika dilakukan oleh pasangan anda.

Salam sayang,

Cik wa
Peer Breastfeeding Councellor