10 TIPS KESELAMATAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN IBU HAMIL WAJIB TAHU

Hai apa khabar mummies?
Semoga mummies sihat dan ceria sepanjang kehamilan¬†ūüėä

Mummies tersayang, semasa hamil mummies perlu berhati-hati terhadap produk makanan yang tercemar. Sesetengah bakteria dan parasit boleh membahayakan mummies dan bayi di dalam kandungan.

Semoga panduan di bawah ini dapat membantu mummies untuk kekal sihat sepanjang kehamilan dan bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna ūüėä

#1 Jangan makan telur mentah ataupun separuh masak. Pastikan telur dimasak sepenuhnya sehingga putih dan kuning telur telah keras. Telur separuh masak atau telur mentah mengandungi bakteria salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan kepada ibu hamil.

#2 Elakkan memakan ais krim dan susu yang tidak dipasteur

#3 Sebelum memasak ayam dan daging yang beku, pastikan ayam dan daging tersebut telah dinyahbeku sepenuhnya dengan betul sebelum dimasak.

#4 Pastikan kesemua buah-buahan dan sayura-sayuran dicuci sebelum dimakan

#5 Pastikan makanan yang sedia dimakan atau makanan yang tidak habis dimakan telah dipanaskan semula sebelum dihidang. Elakkan memanas semula makanan lebih dari sekali.

#6 Jika menggunakan ketuhar gelombang mikro, patuhi arahan penggunaan dan pastikan makanan telah masak sepenuhnya sebelum dimakan.

#7 Periksa tarikh luput makanan sebelum dimakan.

#8 Gunakan sarung tangan jika berkebun dan cuci tangan selepas habis berkebun.

#9 Elakkan bersentuhan dengan kucing jika tiada keperluan. Gunakan sarung tangan jika membersihkan najis kucing. Kucing boleh menjadi punca penyakit. Toxoplasmosis di mana jangkitan serius boleh mengakibatkan buta, kecacatan mental dan kematian janin.

Oh ya! Jangan lupa ya mummies, untuk makan makanan bernutrisi dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan agar mummies kekal bertenaga dan sihat. Jangan risau jika berat badan meningkat, ianya normal. Proses penyusuan bakal membantu mummies untuk kembali slim seperti dulu.

Take care!

Luv,
Cik wa
Peer breastfeeding councellor

Comments Off on 10 TIPS KESELAMATAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN IBU HAMIL WAJIB TAHU