4 TEKNIK PENYUSUAN BAYI KEMBAR

Memiliki anak kembar bermakna segala tugasan perlu dilakukan secara berganda. Tiada alasan susu tidak cukup atau susah untuk menyusukan kerana setiap permasalahan itu ada penyelesaian. Jika anda mengambil keputusan untuk menyusukan bayi kembar dengan susu ibu secara eksklusif, pastikan anda mempelajari pelbagai tip dan info bagi membantu menjayakan misi tersebut. Jom ketahui teknik penyusuan untuk bayi kembar.

#1 FOOTBALL & CRADLE

Ia adalah gabungan daripada kedua-dua posisi di atas. Salah seorang bayi akan menyusu secara front cross manakala seorang lagi akan berada dalam posisi football hold.

#2 FRONT CROSS

Ia juga dipanggil posisi double cross. Bayi diletakkan secara bersilang di mana anda boleh posisikan bayi pertama pada payudara sebelah kanan. Pastikan bayi anda melekap dan selesa terlebih dahulu sebelum mengangkat bayi kedua dan meletakkan pada sebelah kiri. Pastikan anda dan bayi dalam keadaan selesa. Anda perlu sentiasa memerhati supaya bayi pertama tidak terlalu ‘ditekan’ ke arah payudara atau perut kerana bimbang lemas.

#3 UPRIGHT LATCH

Bagi anda yang melakukan posisi ini, anda harus duduk bersandar sama ada secara menegak atau 45°. Kedua-dua bayi boleh diletakkan dalam posisi menegak atau 45° seakan-akan football hold dengan mulutnya diarahkan kepada payudara anda. Graviti akan membantu proses penyusuan. Posisi ini amat disarankan bagi anda yang kepenatan.

#4 FOOTBALL / CLUTCH HOLD

Pada posisi ini, bayi akan berada atas bantal penyusuan ketika menyusu dan bahagian perutnya berada di sisi kiri dan kanan badan anda manakala kakinya menghala ke bahagian belakang anda. Kedudukan kedua-dua bayi disokong bantal penyusuan bagi memudahkan anda untuk membantu bayi anda melekap tanpa halangan dari kaki dan tangan si kembar.

Bagi memudahkan penyusuan bayi kembar, empat posisi penyusuan ini boleh dilakukan kerana membolehkan anda untuk menyusukan dua orang bayi serentak. Penggunaan bantal penyusuan amat disarankan bagi memudahkan proses penyusuan.

  • Pastikan bayi kembar dibendung atau disokong pada bahagian kepala, leher dan bahu dengan bantal penyusuan.
  • Bantal penyusuan perlu digunakan untuk memastikan kedudukan bayi disokong dan bayi dapat melekap dengan selesa tanpa perlu diangkat.
  • Pastikan anda menyusu dengan postur badan menegak untuk mengelakkan sakit belakang.

Antara manfaat susu ibu kepada bayi kembar adalah:

  1. Susu ibu nutrien terbaik untuk bayi kembar anda.
  2. Penyusuan susu ibu menyalurkan antibodi bagi melindungi bayi kembar anda daripada alergi, jangkitan dan penyakit.
  3. Kebayakkan bayi kembar akan lahir lebih awal iaitu sekitar minggu ke-34 ke atas ( pramatang ) dengan berat yang rendah. Penyusuan susu ibu boleh membantu mereka menaikkan berat badan dengan pantas

Bayi kembar keyang, sentiasa aktif  dan berat naik setiap minggu adalah tanda bayi kembar anda mendapat susu ibu yang mencukupi. Kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi kembar, tahniah cik wa ucapkan. Sesungguhnya Allah telah pilih anda untuk dikurniakan bayi kembar. Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan rezeki (susu ibu) yang mencukupi untuk bayi kembar anda. Semoga apa yang cik wa kongsikan di sini membantu mummies untuk menyusu bayi kembar dengan cara yang betul.

 

Salam sayang,

Cik wa
Peer Breastfeeding Councellor

Comments Off on 4 TEKNIK PENYUSUAN BAYI KEMBAR

Tags: