5 Tips Bagaimana Untuk Membuat Si Manja Anda Sendawa

Hi mommies. Harini Cik Wa nak share tips tentang sendawa. Sendawa merupakan suatu perkara yang tidak aneh bagi bayi selepas menyusu malah ia merupakan salah satu cara untuk membantu bayi anda untuk berasa selesa setelah kenyang menyusu.  Namun, tidak ramai ibu yang mengetahui bagaimana cara yang betul dan mudah untuk membuat bayi anda sendawa. Jom kita lihat 5 panduan untuk membantu anda membuat bayi sendawa dengan mudah!

❤️ Memeriksa bagaimana bayi anda menyusu.

Mommies nak tahu tak kenapa si kecil perlu sendawa selepas menyusu? Hal ini kerana mereka mudah masuk angin ketika sedang menyusu tau. Untuk memberikan keselesaan yang maksimum dan mengurangkan kandungan angin yang masuk ke dalam badannya yang kecil tu, mommies kena pastikan kedudukan bibirnya menekap dengan betul. Bibirnya haruslah menekap sepenuhnya pada puting payu dara anda ketika menyusu.

❤️ Meletakkan si kecil di bahu anda.

Kedudukan yang selesa bagi bayi untuk membuatnya sendawa adalah dengan keadaan berdiri atau duduk dengan sedikit berbaring ke tubuh / bahu anda. Mommies boleh menampung bayi anda dengan memegang punggungnya supaya dia didukung dengan baik. Cik Wa nak pesan, jangan lupa pastikan bayi anda menghadap kebelakang dan ke bahu anda dengan meletakkan kain yang lembut di bawah dagunya bagi menyerap kotoran sekiranya si kecil termuntah selepas sendawa.

❤️ Tepuk tepuk manja di bahagian belakang badan si kecil.

Menepuk atau menggosok jejari anda pada bahagian belakang badan bayi anda akan membantu bayi anda dalam proses sendawa. Tips semasa melakukan proses ini adalah menggosok atau menepuk dengan sabar. Hal ini mungkin akan mengambil masa beberapa minit, tetapi pasti anak anda akan berasa selesa selepas sendawa.

❤️ Meletakkan bayi anda dalam keadaan meniarap di atas riba anda.

Salah satu cara untuk membuat bayi anda sendawa selain meletakkan di bahu adalah dengan cara meletakkan bayi di atas riba anda. Letakkan si kecil dalam keadaan meniarap dan melintang di riba mommies dengan dadanya condong sedikit ke hadapan. Mommies kena menyokong dagu bayi diantara ibu jari dan telunjuk ya untuk memberi keselamatan maksimum kepada bayi. Teruskan proses ini dengan menggosok atau menepuk badan belakang si manja untuk mudahkan bayi anda sendawa.

❤️ Menyambung Penyusuan.

Jika bayi masih belum selesai menyusu atau pendek kata masih lapar, mommies boleh kembali menyusukannya selepas bayi sendawa. Mulakan dengan memastikannya sendawa setiap kali apabila anda menukar bahagian payudara untuk menyusukannya, ataupun setiap dua atau tiga auns susu jika anda menggunakan botol susu. Sedikit tips untuk ibu, bayi baru lahir mungkin perlu menghentikan penyusuan beberapa kali bagi memastikannya sendawa.

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor