6 KEBURUKKAN GUNA PUTING KOSONG

Puting kosong dapat menimbulkan pelbagai masalah kepada bayi. Tidak dapat dinafikan, ramai ibu bapa menjadikan puting sebagai cara penenang bayi supaya tidak selalu merengek. Asalkan disumbatkan puting, anak boleh tidur nyenyak.

TETAPI TAHUKAH ANDA, penggunaan yang berpanjangan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan perkembangan anak anda. Antaranya :

#1 MASALAH GIGI

Boleh mengakibatkan pertumbuhan gigi yang tidak teratur dan terkeluar (jongang).

#2 JANGKITAN PADA TELINGA

Kaitan menunjukkan penggunaan puting untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Ia menambah risiko infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia ( saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak ) .

#3 MASALAH PERTUTURAN

Penggunaan puting yang berpanjangan tidak memberikan kebebasan bayi untuk berceloteh dan membebel. Ia boleh menyebabkan perkembangan pertuturannya menjadi lambat atau pelat.

#4 GANGGU PENYUSUAN BADAN

Penggunaan puting kosong boleh menggangu penyusuan ibu. Ibu juga boleh mengalami masalah kekurangan susu semasa bayi berusia satu bulan.

#5 JANGKITAN PERUT

Puting kosong telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapatkan simptom seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit dan kolik.

#6 TIDAK BERSIH

Puting kosong juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan.

Semoga apa yang cik wa kongsikan di sini membantu mummies untuk menjalani proses penyusuan dengan cara yang betul.

Salam sayang,

Cik wa
Peer Breastfeeding Councellor