6 KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN IBU MENYUSU

Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin juga ada yang belum, tetapi inilah kesilapan yang boleh berlaku tanpa sengaja dan boleh ia juga mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. Ketahui KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN IBU MENYUSU agar ibu berjaya menyusu sehingga 2 tahun dan menikmati momen indah sepanjang penyusuan.

#1 TIDAK MEMBETULKAN CARA LEKAPAN BAYI

Mulut bayi harus terbuka luas supaya bayi tidak hanya menghisap dibahagian puting sahaja, tetapi juga di keseluruhan areola dan payudara anda. Jika bayi tidak melekap dengan betul, susu tidak akan dikeluarkan secara optimum dan menyebabkan puting melecet.

#2 TIDAK MENJAGA CARA PEMAKANAN

Elakkan dari memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan lemon dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang.

Selain itu, elakkan juga makan makanan yang ‘berangin’. Ia boleh menyebabkan anak anda kembung perut. Jadi, anda perlu berhati-hati apabila makan makanan yang berangin ini. Antara contoh makanan yang ‘berangin’ adalah Ubi dan Pulut.

#3 MEMBIARKAN BAYI TIDUR TERLALU LAMA

Jangan membiarkan bayi anda tidak disusukan lebih dari 5 jam”. Membiarkan sahaja bayi anda tidur terlalu lama, akan memberi kesan terhadap penghasilan susu. Amalan yang baik ialah menyusukan bayi anda pada setiap tiga jam untuk mengekalkan bekalan susu.

#4 TIDAK MENGAWAL STRESS KETIKA MENYUSU

Ingat, anda perlu belajar bagaimana untuk menyusu, begitu juga dengan bayi anda. Jika ianya tidak berjalan seperti yang dirancang, jangan tertekan. Stress menyebabkan penghasilan susu makin merudum dan terus berkurang.

Lumrah alam, si ibu akan berasa bimbang kerana memikirkan itu tanggungjawabnya. Walau bagaimanapun, bayi memerlukan anda untuk bertenang. Perlahan-lahan, tarik nafas dalam, Lebih tenang anda, lebih mudah untuk menenangkan bayi anda.”

Menyusukan anak ketika dalam stress mampu menyalurkan hormon yang tidak baik kepada bayi.

#5 KURANG MINUM AIR

Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

Peratusan air dalam susu ibu adalah lebih 80%. Pastikan ibu minum air secukupnya untuk
mengelakkan dehidrasi dan susu keluar dgn lebih lancar. Minum air 8 gelas sehari dan seeloknya
minum air suam bg melancarkan pengeluaran susu. Elakkan minuman berais.

#6 TIDAK MENYUSU ATAU MENGEPAM DENGAN KERAP

Semakin kerap ibu mengepam dan semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Pastikan ibu mengepam mengikut jadual semasa di tempat kerja untuk memastikan susu sentiasa dihasilkan dan mencukupi untuk bayi.

Pam susu setiap 2-3 jam sekali dan jarak mengepam anda tidak lebih 4 jam. Ini kerana jika payudara tidak dikosongkan dalam masa 4 jam, sejenis protein yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) akan terbentuk di dalam payudara dan memperlahankan penghasilan susu. Lama-kelamaan susu akan mula merudum. Jika ibu berada bersama bayi, susukan bayi mengikut demand bayi.

Semoga apa yang cik wa kongsikan di sini membantu mummies untuk menjalani proses penyusuan dengan cara yang betul.

Salam sayang,

Cik wa
Peer Breastfeeding Councellor