8 Manfaat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera mummies ❤️ .Kurma ada pelbagai manfaat untuk kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan jika ia dimakan ketika ibu sarat mengandung. Jom tengok apa khasiatnya.

Berikut adalah 8 manfaat yang diperoleh jika mummies makan kurma ketika hamil:

  1. Memberi tenaga – fruktosa di dalam kurma membekalkan tenaga tanpa memberi kesan terhadap kandungan gula di dalam darah.
  2. Menghalang sembelit – kandungan serat yang tinggi membantu mengurangkan risiko sembelit.
  3. Meningkatkan tahap amino asid – kurma ada kandungan protein yang mencukupi untuk membantu tumbesaran bayi.
  4. Mengekalkan keseimbangan air dan garam – kurma juga mengandungi potasium yang membantu mengimbangi kandungan gula dan air dalam badan serta mengurangkan risiko masalah buah pinggang.
  5. Mengurangkan risiko anemia – kandungan zat besi dalam kurma membantu mengekalkan kadar hemoglobin dalam badan.
  6. Mengurangkan risiko kecacatan bayi – kurma juga adalah sumber folat yang mencukupi untuk mengurangkan risiko bayi cacat.
  7. Meningkatkan vitamin K untuk bayi – ibu hamil yang makan kurma membantu meningkatkan kandungan vitamin K yang rendah semasa proses bersalin.
  8. Kesihatan tulang dan gigi bayi – magnesium dalam kurma adalah mineral yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Ia juga membantu mengurangkan risiko buah pinggang dan hati yang tidak normal.

Untuk wanita hamil yang hendak bersalin, kurma akan membantu meningkatkan kadar oksitoksin yang membantu sensitiviti uterus.

Ia juga mempunyai lemak tidak tepu dan tenaga yang menghasilkan prostaglandin yang diperlukan untuk bersalin.

Begitu juga penghasilan serotonon, kalsium dan tannin yang membantu kontraksi!

So mummies tunggu apa lagi? Jom kita amalkan budaya makan makanan berkhasiat untuk diri kita dan kandungan

❤️

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor