AWAS: 5 MAKANAN KURANGKAN SUSU IBU

Disebalik pengambilan diet yang boleh membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih banyak, ibu menyusu juga perlu mengambil berat tentang makanan yang boleh menyebabkan kurangnya susu ibu. Tetapi mommies jangan risau, pengambilan dalam kuantiti yang sedikit In Shaa Allah tidak akan menjejaskan jumlah susu ibu yang dihasilkan. Bagi ibu yang sememangnya menghadapi masalah kurang susu, sebaiknya boleh elakkan dari mengambil makanan ini buat sementara waktu sehingga pengeluaran susu stabil.

      1.

Pasley

    Daun pasley yang menjadi hiasan makanan adalah tidak menjadi masalah sekadar di makan dalam kuantiti yang agak kecil.

2. Peppermint
Pengambilan peppermint dalam kuantiti yang banyak didalam minuman atau makanan boleh menyebabkan kurangnya susu ibu. Ada dikalangan ibu yang sudah lengkap menyusu selama 2 tahun dan mahu ‘wean off’ mengambil minuman teh mint secara kerap dalam sehari untuk mengurangkan pengeluaran susu. Setakat minum secawan tak menjadi masalah yer mommies.

3. Oregano
Oregano adalah salah satu penyelesaian untuk masalah susu terlampau banyak. Oregano dalam spegetthi hanya untuk menambah bau dan aroma tidak akan menjejas susu ibu.

4. Kafein
Soda, kopi, teh dan chocolate dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan dehyderasi yang boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu. Kafein yang terlampau banyak juga boleh memberi kesan kepada bayi yang menyebabkan bayi alah dan masalah untuk tidur.

5. Makanan Pedas
Sebaiknya kurangkan makanan yang pedas yang boleh menyebabkan dehydrasi pada tubuh ibu yang sekaligus mengurangkan pengeluaran susu ibu. Pengambilan makanan pedas juga boleh memberi kesan kepada susu ibu yang sekaligus menyebabkan bayi susah untuk hadam.

Walau apa pun pengambilan diet dan pemakanan ibu menyusu, kita seharusnya ambil dalam kuantiti yang sedikit dan sentiasa peka dengan perubahan bayi dan juga kuantiti susu setiap kali sesi pam. Dari situ, kita akan dapat tahu tentang makanan yang merangsang dan juga makanan yang mengurangkan penghasilan susu ibu untuk tubuh sendiri kerana setiap tubuh kita adalah berbeza dan istimewa.

Happy Breastfeeding!

Luv,
Ratz
Certified Lactation Counselor