BAPA JUGA MAMPU MENYUSUKAN ANAK

Ehh sejak bila bapa boleh susukan anak…Serius ke ni cik wa?

Jangan terkejut ya mummies. Huhu. Tajuk di atas ini hanyalah perumpamaan. Penyusuan yang dimaksudkan di sini bukanlah secara fizikal seorang ayah dapat mengeluarkan susu dan menyusukan bayi. Semestinya penyusuan susu ibu adalah hak mutlak seorang ibu, namun ia tidak bermaksud bapa tidak perlu campur tangan atau tidak ambil tahu. Ini kerana tugas memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi baru lahir bukan tanggungjawab ibu semata-mata.

Kajian menunjukkan sokongan padu daripada suami dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar dan dapat diajayakan dalam jangka masa yang lebih lama. Lebih membanggakan, 98% ibu yang berjaya menyusukan anak adalah kerana pasangan mereka menghargai penyusuan susu ibu

Suami sepatutnya menjadi rujukan utama sekiranya ibu menghadapi masalah penyusuan. Justeru itu para bapa haruslah melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dengan menghadiri seminar atau kelas penyusuan.

Bagaimanakan sebenarnya perasaan seorang bapa selepas kelahiran cahaya mata dan sepanjang proses penyusuan?

Sekumpulan penyelidik dari Universiti of Yales mengambil para hormon oksitosin bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pada tempoh enam minggu dan enam bulan selepas kelahiran bayi. Ajaibnya, paras hormon oksitosin pada bapa tidak banyak bezanya dengan para hormon oksitosin pada ibu.

Walaupun bapa tidak hamil dan tidak menyusukan anak, hormon oksitosin mereka tetap tinggi. Ini membuktikan perasaan kebapaan juga dibantu oleh hormon-hormon, sama seperti ibu.

Apa yang bapa dapat lakukan sepanjang kehamilan, semasa menghadapi saat kelahiran, berpantang dan juga sepanjang proses penyusuan?

Semasa hamil :

  • Memberi perhatian dan kasih sayang kepada isteri yang pastinya lebih sensitif semasa hamil
  • Berbincang dengan isteri bagaimana bayi mahu disusukan kelas selepas bersalin
  • Hadir ke kelas asas penyusuan bersama isteri. Para isteri pasti lebih bersemangat apabila suami menemani mereka.
  • Membeli keperluan dan peralatan penyusuan seperti baju menyusu, pam susu, warmer dan lain-lain.

Semasa melahirkan :

  • Melakukan sentuhan kulit ke kulit pada waktu-waktu awal kelahiran untuk bonding dengan bayi.
  • Memberi tunjuk ajar berkenaan posisi dan lekapan yang betul berdasarkan ilmu yang dipelajari semasa menghadiri kelas penyusuan. Kadangkala ibu yang dipelajari oleh ibu tidak dapat diingati dengan baik selepas bertarung dengan kesakitan bersalin
  • Memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada ibu semasa menyusukan anak buat kali pertama.
  • Berada di samping isteri semasa bersalin. Pengalaman bersalin yang baik dapat meningkatkan kejayaan penyusuan pertama bagi bayi yang akan dilahirkan.

Semasa berpantang :

  • Peranan bapa adalah sangat penting ketika ini. Semasa berpantang, hormon isteri adakala tidak stabil dan perasaan mereka lebih sensitif. Bapa perlu lebih peka dengan keperluan ibu dan membantu sebaik mungkin.
  • Membantu mengemas rumah dan mengurus anak-anak yang lebih besar. Ini dapat mengurangkan tekanan ibu.
  • Peka kepada tanda-tanda bayi ingin menyusu dan membawa kepada ibu untuk disusukan
  • Memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat
  • Menjadi pendengar yang baik agar isteri dapat meluahkan perasaan. Memendam perasaan akan menyebabkan isteri tertekan.
  • Sentiasa memberi pujian dan keyakinan kepada ibu berkenaan apa yang dilakukannya, terutama berkaitan penyusuan.
  • Berinteraksi dengan bayi seperti berbual-bual dengan bayi, memandikan, mengurut, memakaikan lampin dan pakaian bayi. Bapa lebih mengenali personaliti bayi dan dapat merapatkan hubungan antara bapa dan bayi.
  • Mendodoi dan menidurkan bayi dengan mendakap bayi. Bayi lebih mudah lena apabila mendengar degupan jantung dan gerakan pernafasan bapa.

Sepanjang proses penyusuan :

  • Membantu menyediakan peralatan memerah susu yang mahu dibawa isteri ke pejabat
  • Membantu membersihkan alatan mengepam dan menyimpan stok susu.
  • Membantu menguruskan anak-anak terutama pada awal pagi

Semoga perkongsian cik wa kali ini sedikit sebanyak membantu mummies dan para bapa di luar sana. Sesungguhnya zuriat yang dikurniakan Allah SWT adalah amanah buat ibu dan bapa. Cik wa doakan mummies dan pasangan tersayang kekal bahagia till jannah

Salam sayang,

Cik Wa
Peer Breastfeeding Councellor