BENARKAH PRODUK MILK BOOSTER MEMBANYAKKAN SUSU IBU?

Trend sekarang ramai ibu menyusu mengambil milk booster atau penggalak susu ibu yang banyak dijual di pasaran. Semuanya dengan misi yang sama untuk membanyakkan penghasilan susu ibu atau takut susu tak cukup untuk si anak.

Persoalannya benarkah milk booster 100 peratus membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu? Sebelum itu, ibu-ibu perlu faham terlebih dahulu penghasilan susu ibu berkait rapat dengan otak kita. Ramai ibu menyusu suka cakap “susu tak cukup”, “anak  tak kenyang”, “baby asyik menangis sebab tak cukup susu” dan sebagainya lagi.

Secara tak langsung kita sudah menghantar isyarat salah kepada otak sekaligus membuatkan pengeluaran susu ibu berkurangan. Bukankah apa yang kita cakap dan minta itu satu doa. Kalau selalu sangat cakap tak cukup, memang tak cukuplah susu itu.

Menyusukan anak adalah perkara yang bersifat semula jadi dan memang fitrah manusia. Allah SWT menciptakan setiap wanita yang mengandung dan melahirkan boleh menyusukan bayinya asalkan sahaja ada kemahuan dan niat sejak awal lagi.

Jadi, produk milk booster bukanlah 100 peratus membantu membanyakkan susu ibu secara magik. Sekiranya ibu sendiri tidak memahami formula penghasilan susu ibu itu sendiri maka semakin kuranglah penghasilan susunya.

Ini kerana ada juga ibu yang sudah makan bermacam jenis milk booster tetapi mengadu susunya masih juga kurang. Mungkin ibu itu tidak minum air yang cukup, tidak pam dengan konsisten, tidak mengosongkan payu dara dan tidak menyusukan anak secara terus dengan kerap maka makanlah apa jenis milk booster sekalipun, susunya tetap tidak bertambah.

Tetapi tidak salah mengambil milk booster untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu setelah konsep demand dan supply telah dipraktikkan sebaiknya. Produk milk booster sememangnya boleh diamalkan kerana kebanyakan dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik yg mengandungi agent galactagogue yg boleh membantu merangsang penghasilan susu ibu dgn lebih cepat.

Apa yang penting, sebaik disahkan mengandung, tanamkan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya, jangan awal-awal lagi sudah ‘set’ susu nanti tak cukup jadi kena top up dgn susu formula. Banyakkan makan makanan berkhasiat dan banyak minum air. Jangan lupa berdoa memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah untuk anak kita.

Ratz sendiri pernah mengambil Milkbooster ketika menyusu di bulan puasa dengan niat untuk cukupkan bekalan susu ketika sedang berpuasa, bukan dengan harapan untuk mendapat susu yang lebih meriah melimpah ruah dan memancut2. Pastikan kita terus menimba ilmu dalam penyusuan dgn betul. Sebaiknya ambil pemakanan seimbang dari sumber natural untuk kekal sihat sekaligus dapat menghasilkan susu yang lebih banyak. In Shaa Allah.

Happy Breastfeeding Mommies!

Luv,
Ratz
Certified Lactation Counselor