OPS! MAKANAN IBU2 MENYUSU PERLU ELAK

food-table-relisted-1024x558

Assalamualaikum & Salam sejahtera mommies..
Sihat ke?
Tengah mengepam sambil baca blog ni? Atau tengah menyusu si comel?

Selalu tak faham kenapa si kecil mommy tolak susu mommy?
Kadang2 tu sampai menangis2 bila nak bagi susu?
Hmm.. mungkin mommy ada salah makan kot yang buat si kecil rasa tak sedap perut bila minum susu mommy.

Nak tahu kot2 ada salah makan?
Jom sama2 kita tengok apa yang mungkin perlu mommy elak masa menyusu.

1. Kopi/teh
Menyebabkan bayi tidak selesa badan & ganggu waktu tidur bayi.
Penyelesaiannya, kurangkan pengambilan kafein atau elakkan terus.

2. Coklat
Coklat juga mengandungi kafein spt teh & kopi. Tetapi kandungan kafeinnya
jauh lebih rendah. Jika bayi anda memperlihatkan ragamnya, hentikan makan
coklat utk beberapa hari.

3. Buah-buahan sitrus
Menganggu sistem gastro-usus & salur penghadaman bayi yg belum matang.
Yang alah pada citrus akan menyebabkan ruam lampin.

4. Pedas/rempah
Kari & kayu manis.
Perhatikan tanda2 sakit perut, cirit2 atau muntah2.
Bimbang sistem penghadaman bayi tidak boleh mengendalikan makanan ini.

5. Gandum
Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu & mengakibatkan
bayi anda mendapat simptom spt menangis tak henti atau najis berdarah.
Ini menunjukkan bayi anda sensitif terhadap makanan bergandum.

6. Kekacang
Bayi rasa kembung & tak selesa. Kekacang juga punca alergi jika ibu yg menyusu
makan terlalu banyak kacang.
Sebaiknya bertukar kepada makanan yg menambahkan lg susu spt
kismis, kurma & apricot.

7. Tenusu
Yogurt, susu, keju dan ais krim.
Simptom alahan – colic, muntah2, susah tidur & eczema.

8. Telur
Alah telur (biasanya putih telur), alahan biasa bg bayi & kanak2.
Telur selalunya tersembunyi dlm produk2 lain spt kek, biskut, roti dll.
Maka ibu perlu perhati setiap makanan yg berunsurkan telur.

9. Kacang Soya
Ramai kanak2 & bayi yg alah pada produk tenusu. Periksa jenis soya yg
anda ambil. “Soy protein insolute”, soya yg diproses mungkin lebih cenderung
utk mencetuskan alahan pada bayi.

10. Daun Pudina
Bahan tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu.
Terutamanya jika anda penggemar teh pudina & minum beberapa cawan sehari.
Tukarkan teh pudina pada teh “chamomile”.
Sebatian dlm chamomile mungkin mempunyai kesan yg menenangkan bayi
& anda sendiri.

11. Bawang Putih
Mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kdg2 bayi seolah2
menolah & enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dgn bau bawang
putih yg kuat.

12. Sayuran Bergas
Kubis, kubis bunga, timun & brokoli.
Kalau perlu ambil untuk diet harian, ambil dalam kuantiti yg kecil kerana boleh
menyebabkan gas kepada bayi.

13. Makanan laut/Ikan yg mengandungi merkuri
Tenggiri, todak, yu.
Kenapa tak boleh? Tahap tinggi merkuri boleh menjejaskan sistem otak & sarah bayi.

14. Makanan yg berangin
Ubi & pulut boleh menyebabkan bayi anda kembung perut.
Walaupun tapai pulut atau ubi rebus buat anda terliur.. kurangkan pengambilan
makanan seperti ini supaya si comel kurang ragamnya.

Apa2 pun mommies, lain badan lain penerimaannya. Yang penting, makan makanan yg berkhasiat dan cukup semua zat2 dalam piramid makanan ya.
Nak makan apa2 pun boleh tapi dalam kuantiti yg sedikit dahulu.
Monitor penerimaan bayi bagaimana. Jika bayi mengalami colic atau cirit-birit, trace semula apa makanan yg ibu makan sebelum ini dan berhenti serta merta.

Luv,
Ratz
Certified Lactation Counsellor

 

No comments yet.

Leave a Reply