Jadikan Kediaman Anda Selamat Untuk Si Manja

Hi mommies. Anak -anak kecil suka ” explore ” segala yang berada  di rumah kita kan? Hal itu semestinya merisaukan akan keselamatan anak kecil kita. Bukan apa mommies, takut anak kecil kita tercedera atau berlaku apa-apa insiden yang tidak kita ingini. Mari kita baca beberapa tips untuk jadikan kediaman anda selamat buat si manja.

#Pertama

Lantai.

Hal ini sangat merisaukan buat anak yang masih di dalam fasa merangkak. Bayi yang sedang galak merangkak gemar mencapai apa sahaja yang berada di atas lantai rumah anda. Pastikan lantai rumah anda bersih dan tiada sebarang objek-objek merbahaya yang boleh dicapai atau digenggam oleh si manja.

#Kedua

Perabot.

Banyak juga kejadiaan yang tidak diingini melibatkan kanak-kanak terhimpap perabot. Bahaya ya mommies. Pastikan segala perabot diletakkan ditempat yang sesuai dan elakkan anak-anak anda bermain di kawasan yang tidak sepatutnya.

#Ketiga

Bucu-bucu tajam.

Hal ini sering berlaku dikalangan anak-anak. Terlanggar bucu meja. Seriauu nyee mommies.. Mommies boleh lindungi anak-anak mommies dari bucu meja yang tajam ini dengan alas yang mampu menutup bucu tajam tersebut.

#Keempat

Bahan beracun.

Penggunaan sabun mandi,peluntur,pencuci lantai dan penyembur serangga akan menjadi ancaman kepada bayi kita mommies. Jauhkan bayi anda daripada semua bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia dan racun ini.

#Kelima

Bekas tadahan air.

Terdapat pelbagai kes yang kita dengari melibatkan bayi lemas oleh kerana sebaldi kecil yang mempunyai air didalamnya. Insiden ini kita tidak dapat dijangka. Elakkan besen mengandungi air terbiar di atas lantai. Sebaliknya, telangkupkan besen itu agar anak anda tidak akan terjatuh kedalam besen atau mommies boleh letakkan segala barang-barang seperti ini di dalam bilik air dan selak pintu bilik air dengan rapi.

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor

Comments Off on Jadikan Kediaman Anda Selamat Untuk Si Manja

Tags: