JADUAL PAM SEMASA BERPUASA

Ramadhan kareem!

Selamat menjalani ibadah puasa buat mummies tersayang. Cik wa doakan semoga mummies diberi kekuatan dan dipermudahkan perjalanan penyusuan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini.

Entri kali ini, cik wa ingin berkongsi dengan mummies semua mengenai JADUAL PAM SEMASA BERPUASA.

Jadual ini mudah dipraktikkan dan ianya bersesuaian untuk ibu yang  bekerja. Berpuasa bukanlah tiket untuk kita meninggalkan sesi mengepam ya mummies. Jika mummies merasa letih dan tidak mampu untuk mengepam seperti jadual ini, pastikan jarak mengepam susu tidak melebihi 4 jam. Ini untuk mengelakkan terbentuknya sejenis protein iaitu Feedback inhibitor of lactation FIL dalam payudara yg seterusnya memperlahankan penghasilan susu.

Sentiasa ingat ya mummies “Golden rules of breastfeeding : More Demand, More Supply”
Jadi sangat penting untuk kita mengekalkan rutin pam susu agar susu sentiasa dihasilkan dan mencukupi untuk si manja. InshaAllah

Mummies boleh mencuba jadual ini :

SESI 1 – Menyusu/pam susu – selepas sahur jam 6 pagi

SESI 2 – Pam susu – jam 10 pagi

SESI 3 – Pam susu – jam 2 ptg

SESI 4 – Pam susu/menyusu – jam 5 ptg

SESI 4 – Menyusu/pam susu – selepas berbuka jam 8 malam

Jika mummies dah berusaha sebaiknya, teruskan berdoa dan bertawakkal kepada Allah, agar susu sentiasa cukup untuk si manja. Moga ramadhan kali ini mebawa seribu satu rahmat dan keberkatan buat kita semua. Ameen.

Salam Sayang Penyusuan

Cik wa,
Peer Breastfeeding Councellor

 

 

 

 

 

 

 

Comments Off on JADUAL PAM SEMASA BERPUASA