MUMNESIA – KENAPA WANITA JADI PELUPA LEPAS BERSALIN

Hai mummies..
Semoga mummies sihat dan ceria bersama keluarga tercinta…
Dalam kita sibuk menguruskan anak dan urusan seharian, mummies biasa tak alami situasi di bawah ni ?

Tak ingat handphone letak kat mana…

Pergi kedai, pusing2 lupa nak cari barang apa…

Baru letak barang, dah tak ingat kat mana..

 

Saya sendiri pun pernah hadapi masalah pelupa atau mumnesia seperti kebanyakan ibu lain. Jika kita adukan masalah ni pada orang tua-tua, kata mereka “biasa la tu, sebab banyak urat putus masa bersalin..”

 

Ehh..ya ke sebab urat putus boleh buat kita jadi pelupa?

Actually, normal atau tidak untuk setiap ibu itu hadapi mumnesia ini?

 

Mengikut kajian yang dilakukan di Massachusetts Institute of Technology, sindrom mumnesia ini adalah NORMAL. Ia disebabkan oleh 4 faktor iaitu :

#1 KEUTAMAAN IBU BERUBAH
Apabila lahirnya anak. ibu pastinya meletakkan anak sebagai keutamaannya. Hal-hal lain termasuk dirinya sendiri jatuh nombor 2. Ibu sentiasa memikirkan keperluan anak, sehinggakan adakalanya terlepas pandang perkara lain. Inilah antara punca ibu menjadi ‘pelupa’.

#2 PERUBAHAN HORMON
Penurunan hormon estrogen secara mendadak selepas bersalin juga punca ibu menjadi pelupa. Hormon estrogen bukan sahaja mengawal kesuburan mummies, tapi ianya juga merupakan ‘neuotransmitter’ yang memberi signal kepada otak.

#3 KESAKITAN SELEPAS BERSALIN
Percaya atau tidak, sindrom mumnesia ini merupakan ‘mekanisma pertahanan diri’ untuk ibu selepas bersalin. Ia tidak langsung dapat membantu ibu untuk melupakan kesakitan semasa bersalin agar tidak mengganggu hubungan intim bersama suami.

#4 KELETIHAN/KELESUAN
Ibu pastinya sangat letih menguruskan anak terutamanya pada awal kelahiran. Kajian menunjukkan pada tahun pertama bayi, ibu kehilangan 700 jam tidur iaitu bersamaan 2 jam sehari. Proses penyusuan juga dikatakan salah satu faktor kepada momnesia ini. Ini kerana penyusuan merembeskan hormon oksitosin yang menjadikan ibu sangat rileks dan seakan akan ‘khayal’.

Jangan risau, jika mummies  mengalami mumnesia ini. Mummies boleh mencuba pelbagai cara untuk mengingati perkara penting seperti set alarm di telefon pintar, menampal sticky note dan membuat checklist. Jangan lupa untuk makan makanan berkhasiat dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Jaga diri ya mummies!

Luv,
Cik wa
Peer Breastfeeding Councellor

Comments Off on MUMNESIA – KENAPA WANITA JADI PELUPA LEPAS BERSALIN