Tips Asas Tentang Makanan Untuk Si Kecil

Hi mommies ❤️. Semoga mommies berada dalam keadaan sihat sejahtera. Harini Cik Wa nak kongsikan tentang beberapa panduan asas tentang makanan untuk si kecil. Masih ada segelintir yang masih tidak pasti bilakah waktu yang sesuai untuk si kecil anda makan makanan yang bersifat pejal. Tahukah mommies, menurut Gina Shaw dari WebMD kebanyakkan bayi bersedia untuk menikmati makanan pertama mereka seawal 6 bulan! Jadi, mommies jangan ragu-ragu ya untuk memperkenalkan bayi anda dengan makanan-makanan bayi.

❤️ Pelbagaikan makanan bayi

Mommies harus menyediakan makanan bayi yang berkhasiat dan segar. Pastikan ia makanan dengan tekstur lembut dan cair bagi membantu bayi menikmati dan belajar makan. Pakar menyarankan anda beri bayi buah-buahan lembut dan telah dilenyek dan sayur yang telah dimasak. Mereka juga menyarankan makanan lembut dan tinggi protein seperti tauhu, dan kekacang yang dimasak dan dilenyek serta isi ikan yang halus. Apabila bayi anda sudah boleh mengunyah, tambah daging yang sudah dicincang halus atau ayam yang dicarik halus ke dalam menunya.

❤️ Baby Food Stage

Pengajaran awal untuk mengenalkan bayi kepada makanan adalah mengajar mereka menelan makanan. Jadi mula dengan kuantiti yang sedikit kemudian semakin banyak secara berperingkat.

❤️ Beli makanan pertama bayi di pasaraya.

Boleh mommies! Tetapi, adabeberapa perkara harus diperiksa dahulu sebelum membeli ya!

  • Tarikh luput
  • Penutup masih ketat dan belum terbuka – tengah penutup sedikit tenggelam menunjukkan ia belum dibuka.
  • Bahan asas – makanan bayi tidak sepatutnya ditambah garam, pengawet, gula, pewarna dan kanji yang diubah suai.
  • Makanan peringkat satu sepatutnya ada satu bahan saja, iaitu buah atau sayuran.

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor

Comments Off on Tips Asas Tentang Makanan Untuk Si Kecil

Tags: