Tips Menggalakkan Perkembangan Otak Bayi Anda

Hello dear mummies 💕. Semoga mummies sihat sihat je. Harini Cik Wa nak share sikit tentang bagaimana cara untuk menggalakkan perkembangan otak si manja. Mesti mummies buntu kan? Terdapat dua cara am untuk membantu perkembangan otak bayi. Pertama, persekitaran yang menggembirakan, memelihara dan responsif. Kedua, membaca kepada bayi, begitu juga mendengar dan bercakap dengan bayi anda setiap hari.  Jom kita baca beberapa tips dan cara yang mummies boleh lakukan dibawah ❤️.

🌸 Pertama.

Kekalkan kesihatan dan keselamatan bayi anda.

🌸 Kedua.

Sayangi bayi anda. Mummies kena tunjukkan kasih sayang dan berikan perhatian kepada si kecil.

🌸Ketiga.

Beri tindak balas terhadap isyarat-isyarat bayi anda. Jika bayi anda menunjukkan minat untuk bermain, luanglah masa sebentar untuk bermain dengannya. Jika bayi anda mahu dipeluk, dakaplah bayi anda.

🌸Keempat.

Mummies kena kenalpasti bahawa bayi anda adalah seorang individu dan akan membesar mengikut kadar tumbesarannya.

🌸Kelima.

Selain dari itu, mummies boleh juga bercakap, membaca dan menyanyi kepada bayi anda. Tidak kiralah apa yang mummies bacakan,nyanyikan. Teruskan kerana itu boleh membantu perkembangan otak bayi anda.

🌸Keenam.

Kekalkan persekitaran yang membangkitkan eksplorasi dan pembelajaran serta keselamatan.

Banyak kan cara mummies boleh lakukan untuk si manja 😊😊 Mudah, dan pastinya bayi comel mummies sentiasa ceria.

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor