TIPS PEMILIHAN BOTOL SUSU BAYI

Hi mommies ❤️. Pening juga untuk ibu bapa nak membeli dan memilih botol susu untuk anak ni ya. Sebenarnya pemilihaan membeli botol susu dan puting botol sangat perlu dititkberatkan. Bukan apa mummies kadang-kadang kita tidak tahu sama ada botol atau puting botol tersebut sesuai ataupun tidak dengan anak. Jom Cik Wa nak kongsikan 5 tips berguna membeli botol susu dan puting botol susu yang sesuai untuk anak anda.

❤️ BENTUK PUTING BOTOL.

Bentuk puting yang paling  baik adalah yang berbentuk seperti puting payudara ibunya. Walaubagaimanapun, anda digalakkan membeli dan mencuba satu persatu bentuk puting botol yang sesuai dan disukai oleh anak anda.

Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek. Ada juga yang agak keras dan ada yang lembut. Biasanya puting yang warna kuning lebih lembut dan paling disukai oleh bayi. Disarankan menggunakan puting jenis silicone atau getah.

❤️ BEBAS BPA.

Botol susu yang kita pilih mestilah BPA Free. Apakah itu BPA?BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi.

BPA berpotensi memberikan masalah kepada tumbesaran bayi dan kesan dengan penyakit kanser kepada bayi tersebut.

❤️ JENIS BOTOL.

Botol plastik adalah jenis yang paling disarankan kerana saiznya yang lebih ringan dan tidak mudah pecah terutama jika anak anda mengamuk dan membaling botol tersebut.

Selain itu, bentuk dan corak yang terdapat pada botol juga memainkan peranan penting. Sekiranya ia tidak cantik di mata anak anda, mungkin mereka tidak mahu menghisapnya langsung.

❤️ SUKATAN BOTOL SUSU.

Botol susu mempunyai banyak saiz. Ada yang kecil (5 oz) dan ada yang besar (8/9 oz). Terdapat sesetengah ibu malas hendak membeli botol banyak kali, jadi terus beli yang besar.

Namun, anda perlu tahu yang botol susu perlu diganti setiap 3 bulan ataupun apabila botol susu tu dah bercalar sekiranya menggunakan botol plastik. Jadi, beli lah botol bersaiz sederhana agar tidak rasa membazir.

❤️ HARGA.

Faktor harga botol susu dan putingnya perlu diambil kira juga. Botol mungkin kita tidak ditukar selalu, tetapi putingnya kita perlu tukar selalu. Jadi, kanda perlu mengambil kira faktor harga botol susu tersebut.

Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini , dapat memberi manfaat kepada mommies  ❤️

Salam Sayang,

Cik Wa

Peer Breastfeeding Councellor